360★BURUNG HANTU★

YANG TERSIRAT DALAM TENTERA MERAH

SIAPAKAH TENTERA MERAH YANG SEBENAR ?


Sebelum kita mengupas dengan lebih lanjut mengenai siapakah sebenarnya Tentera Merah 36 , ada baiknya kita mengetahui terlebih dahulu sanad perjuangan 30 yang dibawa oleh Allahyarham Bung Isa di Tanah Air Malaysia , bumi tercinta kita.

            Apabila kita bertanya pada sesiapapun ahli jemaah atau mana-mana Ayahanda tentang siapakah yang mengasaskan perjuangan 30 di Malaysia ini , maka jawapan yang diberikan oleh mereka tidak lain dan tidak bukan , pasti mereka akan menyebut nama Allahyarham Bung Isa. Sekarang kita mencari pula jawapan , siapakah yang menerima Bai’ah dari Bung Isa ? Jika benar perjuangan ini bersalsilah atau bersanad sehingga ke atas tangan Rasulullah S.A.W , sudah tentu Bung Isa juga menerima sanad perjuangan ini dari atas tangan ke atas tangan. Jadi , siapakah yang menjadi Khalifah beliau atau diistilahkan dengan panggilan “Ayahanda” pada zaman ini ?

            Orang itulah yang bernama SYEIKH YUSUF yang sebenarnya membawa perjalanan Jihad yang dikenali sebagai TENTERA YASIN 36 yang terdiri daripada salah satu pasukan yang tersimpan dalam perjuangan 1440 bersalsilahkan Syeikh Muhammad Ali. Sebab itulah , Allahyarham Pak Long Burung menggunakan nombor 36 dan bukannya 360 seperti nombor asal “kongsi” yang diperolehinya dari Taiwan setelah Allahyarham Pak Long Burung menerima nasihat dan teguran dari Khalifah Sultan 1440. ( Sejarah ini hanya diketahui oleh beberapa

“ orang kanan “ Pak Long Burung yang kini terkenal di seluruh Malaysia , iaitu J dan G cubalah cari mereka dan bertanyakan tentang hal ini ).

            Sekarang kita balik kepada persoalan , siapakah dia Tentera Merah 36 itu ? Yang dimaksudkan dengan Tentera Merah 36 itu , adalah Tentera-Tentera Islam yang diketuai oleh Syeikh Abu Hasan Ali Asy Syadzili iaitu pengasas kepada perjuangan Jihad 1440 semasa tercetusnya Perang Salib siri ke 7 , 8 dan 9 ( setengah buku sejarah hanya terdapat hingga siri ke 7 sahaja ). Merah itu membawa maksud “Darah” , iaitu kesanggupan tentera-tentera Merah ini menggadaikan nyawa untuk berperang sehingga ke titisan darah terakhir untuk menentang kaum Kuffar. Hanya ada dua sahaja di dalam otak Tentera-tentera Islam di kala itu , iaitu MENANG ATAU SYAHID. Syahid di sini membawa maksud terkorban dan titisan-titisan darah itu yang membawa maksud Merah. Sebab itulah dikatakan TENTERA MERAH , manakala 36 membawa maksud Surah ke 36 dalam Al-Qur’an iaitu surah Yaasin yang mana di dalam perjuangan 1440 ini , salam pengenalannya adalah SALAM YAASIN. Begitu indahnya perjuangan Islam ini jika kita mengetahui kebenarannya.


KAITAN NOMBOR 36 ANTARA PERJUANGAN ISLAM DENGAN “KONGSI”



Ini merupakan satu tajuk yang amat mencabar minda kita untuk berfikir , namun KEBENARAN tidak pernah tertutup kerana janji Allah untuk memeliharanya. Sebelum kita mengupas dengan lebih mendalam lagi tentang soal 36 ini , mari kita buka sejarah KONGSI  terlebih dahulu yang sering diertikan dengan Kongsi Gelap atau Gangsterisme yang dipelopori atau diasaskan oleh Kaum Cina satu ketika dulu.
            Pergerakan kongsi gelap di Malaysia diketahui bermula di negeri Perak.Ia bermula apabila pergaduhan dua puak pekerja di sebuah kawasan bijih timah membabitkan kumpulan Ghe Hin dan Hai San di bawah pimpinan kapitan Yap Ah Loy.Akibat dari peristiwa ini pemimpin Melayu di Perak terpaksa meminta campurtangan dari kerajaan Inggeris di Perak. Pergerakan kongsi gelap yang dibawa oleh pendatang Cina di Malaysia ketika itu adalah sama dengan pergerakan mereka di tanah besar China.Berkata mengenai sejarah kongsi gelap cina ini sejarah mereka bermula di China pada tahun 1674.Lima orang sami yang terselamat dari pembunuhan kerajaan Manchu telah bersumpah disebuah tokong dihadapan dewa kekayaan yang dimerahkan mukanya..dewa Guan Yu atau Kuan Yee dan menjadi Dewa Perang bagi mereka. Di hadapan dewa Guan Yu mereka telah bersumpah..dengan diketuai oleh sami Siu Lam iaitu ketua perang mereka untuk menyimpan rahsia pergerakan mereka dari diketahui oleh kerajaan Manchuria dan bersumpah dengan titisan darah mereka sendiri sebagai bukti. Untuk memudahkan pergerakan , mereka bergerak dengan menggunakan bahasa isyarat atau bahasa bisu. Matlamat mereka ialah menggulingkan kerajaan Ching atau Manchu dan menaikkan kerajaan Ming ke takhta. Kongsi-kongsi gelap Cina di Negeri-negeri Selat berasal dari kumpulan Triad. Kumpulan Triad merupakan satu kongsi gelap yang ditubuhkan di negeri China pada tahun 1674. Tujuan kumpulan Triad ialah untuk menggulingkan Kerajaan Manchu dan menggantikannya dengan Dinasti Ming. Kumpulan Triad juga dikenali sebagai nama-nama seperti Liga Hung dan Thian Ti Hui (Liga Syurga dan Bumi). Orang Cina telah menubuhkan kongsi-kongsi gelap tidak lama selepas British menduduki Pulau Pinang (1786) dan Singapura (1819). Sejak tahun 1799 lagi kongsi-kongsi gelap Cina mula menentang pentadbiran British di Pulau Pinang. Antara kongsi-kongsi gelap yang terkenal ialah Ghee Hin (Kantonis) dan Hai San (Hakka). L.A. Mills menganggap kongsi-kongsi gelap Cina di Negeri-negeri Selat sebagai the Pirates and Robbers Co-operative Association. Sebilangan besar ahli kongsi-kongsi gelap tersebut terdiri daripada penjenayah Cina. Perebutan kuasa dan kawasan jajahan telah melahirkan pelbagai nama dan kod angka kumpulan seperti Tiga Maharaja, Tokong Lima Beradik, 13 Pedang, Naga Merah, 03,04,07,08,21,24,36,38,18,360,367,368,369 dan banyak lagi. Dipercayai juga beberapa kumpulan yang asalnya hanya di ketuai dan dianggotai oleh bangsa Cina telah diketuai dan dianggotai oleh bangsa-bangsa lain seperti 08,18,24,36,77,99 dan lain-lain. Kumpulan kongsi gelap juga menjadikan lambang-lambang tertentu sebagai ikon kumpulan mereka seperti haiwan liar, mitos dan senjata api bagi melambangkan keganasan dan kekejaman mereka. Sepertimana kongsi gelap lain di seluruh dunia, kongsi gelap Malaysia dipercayai menjadikan kongsi gelap di Tanah Besar China, Hong Kong dan Taiwan sebagai contoh penubuhannya, menjalankan operasi dan tetap menjadikan Guan Yu/Kuan Yee (Dewa Perang) sebagai idola yang dipuja-puja. Malah di dalam sumpah setia meraka, mereka masih menggunakan pengakuan menjadi ahli "Tentera Merah". 


SEJARAH  “36 “ : ANTARA PERJUANGAN ISLAM DENGAN KONGSI


Jika dalam perjuangan Islam , maksud 36 diambil dari Surah Yaasin iaitu surah ke 36 dalam

 Al-Qur’an , dari manakah pula asal nombor 36 dalam Kongsi ? 36 yang merujuk kepada perjalanan Kongsi ( Dikatakan 36 merupakan kongsi yang merangkumi pelbagai kod nombor kongsi yang lain seperti 04 , 08 , 108 , dan lain-lain yang mana kongsi terbesar dalam 36 adalah kongsi 360.

            Sejarah yang mengaitkan nombor 36 dengan masyarakat Cina adalah sejarah Maharaja Cina yang pertama iaitu Shih Huang Ti. Setelah berjaya menyatukan rakyat China , Shih Huang Ti telah membahagikan negara China menjadi 36 Wilayah. Dari sinilah dikatakan asal bermulanya nombor 36 dalam sejarah Kongsi.

Dikatakan juga bahawa Maharaja Shih Huang Ti merupakan penganut agama Tauhid yang mengEsakan Allah, Pada masa itu belum wujud perkataan agama Islam kerana Rasulullah belum lagi dilahirkan dan syariat agama Islam pada masa itu tidak sama dengan ajaran Agama Islam sesudah kedatangan Rasulullah S.A.W. Sebab itulah tercatat kenyataan bahawa Shih Huang Ti telah membakar kitab-kitab ajaran Confucius. Inilah serba sedikit tentang perkaitan antara perjuangan Islam dengan kongsi di dalam merujuk permasalahan 36.


PERJUANGAN PUTIH 30 DAN PERJUANGAN MERAH 36 DALAM MASYARAKAT MELAYU


Setelah kita mengetahui secara ringkas mengenai perjuangan 30 dan 36 yang sering dikatakan perjuangan putih dan merah dalam masyarakat Melayu , maka kini sampai masanya kita mengetahui kebenaran di dalam memperjuangkan kedua-duanya.

            Baik putih atau merah , kedua-duanya merupakan MEDAN DAKWAH yang amat berkesan untuk mengembalikan masyarakat ke arah kebaikan sesuai dengan slogan “ AMMAR MA’RUF NAHI MUNGKAR “ yang membawa maksud mengajak untuk melakukan perkara kebaikan dan meninggalkan perbuatan-perbuatan Mungkar.

            Sering terjadi masalah perselisihan pendapat dan buruk sangka kepada perjalanan Merah. Ramai yang mengatakan perjalanan Merah ini merosakkan akhlak muda mudi kita… Benarkah begitu ? sebenarnya kenyataan ini amatlah SALAH !!! apakah kerana terdapat segelintir ahli-ahli perjalanan Merah atau Kongsi ini yang terlibat dalam kes-kes mungkar seperti minum arak , berzina dan pelacuran , hisap dadah serta pelbagai lagi kes yang lain , kita terus menuduh bahawa ahli-ahli perjalanan Merah semuanya adalah samseng dan perosak. Jadi bagaimana pula dengan ahli-ahli perjalanan putih yang melakukan hal yang sama ? bukan sedikit ahli perjuangan putih 30 yang minum arak , berzina , hisap dadah dan sebagainya. Mengapa pula mereka tidak dilabelkan sebagai perosak ? sebab itulah , sebenarnya baik putih atau merah , Dakwah yang sebenar adalah dalam diri sendiri. Bukan dari warna perjuangan atau perjuangan apa yang dibawa. Selagi hatinya baik , maka baiklah segala perjalanannya , walaupun dia berjalan di dalam KONGSI atau perjalanan Merah…


PERSOALAN MENGENAI ‘ADIK-BERADIK’ BANGSA ASING ( BUKAN ISLAM )


Sering juga terjadi penghinaan kepada mereka yang berjuang dalam perjuangan Merah kerana mempunyai ‘adik-beradik’ yang bukan Islam, contoh yang jelas dalam perjuangan sekarang ini adalah adik-beradik dari kaum Cina dan India serta lain-lain yang dikatakan kafir.

            Untuk menjawab persoalan ini , mari kita semak terlebih dahulu tentang pembahagian orang Kafir dalam pelajaran Islam.

Secara dasarnya orang kafir terbahagi kepada 4 , iaitu


Orang-orang kafir yang haram untuk dibunuh adalah tiga golongan: 1. Kafir dzimmi (orang kafir yang membayar jizyah/ufti yang dipungut tiap tahun sebagai imbalan bolehnya mereka tinggal di negeri kaum muslimin) 2. Kafir mu’ahad (orang-orang kafir yang telah terjadi kesepakatan antara mereka dan kaum muslimin untuk tidak berperang dalam kurun waktu yang telah disepakati) 3. Kafir musta’man (orang kafir yang mendapat jaminan keamanan dari kaum muslimin atau sebagian kaum muslimin) 4.Sedangkan orang kafir selain tiga di atas yaitu kafir harbi, itulah yang boleh diperangi.


Nah , sekarang sudah jelas , ada 3 golongan kafir yang DIHARAMKAN untuk dibunuh seperti yang dinyatakan di atas ini yang mana jika kita lihat dengan teliti , ketiga-tiganya ada dalam istiadat Kongsi. Timbul pula persoalan , kenapa mereka boleh menjadi ‘adik-beradik‘?

MasyaAllah , tidak kah kita ingat bahawa kita ini semuanya berasal dari Nabi Adam A.S. Apakah bangsa Nabi Adam ? jika kita mengatakan Nabi Adam itu berbangsa Arab , maka kenapa kita pula berbangsa Melayu ? apakah kita berasal dari jenis manusia yang selain Nabi Adam ? Sudah tentu jawapannya tidak…. Yakinlah bahawa kita semua berasal dari Nabi Adam A.S dan soal agama atau Hidayah Allah itu , biarkan Allah yang mengaturnya seperti yang termaktub dalam Surah Al Kafirun , Bagi Kamu agama Kamu , bagi Kami agama Kami.

            Oleh itu , janganlah kita terlalu Asshobiyyah atau terlalu mementingkan perkauman sehingga nilai-nilai kemanusiaan terluput dari hati sanubari kita. Ingatlah bahawa Hidayah Allah itu bukan milik kita , bersangka baiklah pada sesama manusia kerana mungkin hari ini kita melihat orang asing itu hina kerana mereka bukan beragama Islam , tapi bagaimana pula jika pada masa akan datang mereka itu mendapat Hidayah dari Allah dan hidayah kita yang sering menghina mereka ini pula ditarik oleh Allah….Nauzubillahi min zalik…. Jangan lupa , terdapat juga orang Melayu yang Kafir dan jangan lupa , antara Muslim yang teramai di dunia adalah Masyarakat Cina…sebenarnya kita sendiri yang membahagi-bahagikan bangsa kita ini sedangkan pada awalnya kelahiran Nabi Adam A.S tidak pernah wujud bangsa yang dikatakan bangsa Arab , Melayu , Cina , India , Pakistan dan lain-lain…. Fikir-fikirkanlah


PERSAMAAN CARA DAKWAH ALIRAN PUTIH DAN ALIRAN TUBAN DI


 TANAH JAWA DENGAN PERJUANGAN PUTIH 30 DAN MERAH 36


Antara cara dakwah yang telah ditinggalkan oleh Rasulullah S.A.W adalah dengan cara Hikmah atau Bijaksana. Disebabkan itu , terjadi 2 pecahan cara menyampaikan dakwah Islamiah di Tanah Jawa yang dipelopori oleh Wali Songo.

            Aliran Putih yang dipelopori oleh Sunan Giri dengan dokongan kuat Sunan Ampel dan Sunan Drajat menggunakan sepenuhnya ajaran Islam yang dilakukan di Tanah Arab tanpa ada tolak ansur atau kompromi , contohnya semasa kenduri tahlil tidak boleh memasang asap kemenyan dan setanggi , tidak boleh berhibur dengan bunyi-bunyian selain gendang dan sebagainya. Alliran ini sangat susah diterima masyarakat Jawa ketika itu kerana masih kuat berpegang dengan cara-cara Hindu dan Buddha.

            Manakala Aliran Tuban diketuai oleh Sunan Kalijaga dan disokong oleh Sunan Bonang , Sunan Muria , Sunan Kudus dan Sunun Gunung Jati turut menyebarkan dakwah dengan kaedah Aliran Tuban. Aliran Tuban ini merupakan kaedah menyebarkan dakwah dengan bijaksana selagi tidak Haram di sisi agama Islam seperti yang dilakukan Sunan Kalijaga ketika kenduri tahlil , beliau menggunakan setanggi dan asap kemenyan. Apabila ditanya oleh para wali yang lain dari aliran Putih mengapa beliau berbuat demikian sedangkan Rasulullah tidak pernah melakukannya , dengan selamba Sunan Kalijaga menjawab “ Bukankah Rasulullah menganjurkan wangi-wangian dan asap dari setanggi itu mengeluarkan bau yang harum “. Sebenarnya ini hanyalah helah dan teknik dari Sunan Kalijaga untuk menarik masyarakat Jawa mendekati Islam. Begitu juga dengan muzik gamelan yang mampu menarik orang Jawa dikala itu mendekati setiap upacara ceramah yang disampaikan oleh Sunan Kalijaga. Malah , pakaian beliau sendiri adalah pakaian Jawa , tidak seperti wali yang lain yang memakai jubah dan serban. Sebab itulah , beliau lebih mudah didekati dan dakwah beliau lebih berkesan berbanding wali yang lain.

            Hasil dari penyebaran dakwah yang bijaksana ini , aliran Tuban lebih diminati dan lebih disenangi oleh masyarakat jawa dan kesannya Islam telah berkembang dengan begitu cepat sekali.


ALIRAN TUBAN DAN PERJUANGAN MERAH

Samalah seperti aliran Tuban tadi , perjuangan merah sebenarnya adalah untuk berdakwah dengan lebih mudah dan bijaksana kepada kaum kafir atau bangsa asing. Begitu juga untuk menarik anak-anak muda yang telah rosak akibat pergaulan bebas seperti meminum arak , berzina dan sebagainya , maka ahli-ahli perjuangan Merah lah yang lebih mudah untuk menarik mereka ini kembali ke jalan yang benar kerana ahli-ahli perjuangan Merah ini berdakwah dengan pakaian dan cara yang sama seperti mereka. Jika kita berpakaian jubah dan berserban , apa mungkin kita boleh memasuki pub-pub , disko dan kelab-kelab malam untuk berdakwah ? jawapannya pasti tidak. Sedangkan pada masa yang sama , ramai anak-anak muda kita yang perlu diselamatkan berada di dalam pub , disko dan tempat-tempat maksiat yang lain. Oleh itu , hayatilah perjuangan merah ini dengan sebenar-benarnya.
            Apa yang penting di dalam berdakwah ini , prinsip yang wajib dipegang adalah HARAM TETAP HARAM….walaupun perjalanan merah ini secara zahirnya terlibat dalam pub , disko dan sebagainya , namun tidak sekalipun perbuatan HARAM itu dihalalkan…jika ada yang melanggarnya , itu adalah disebabkan nafsu sendiri dan bukan melibatkan perjuangan merah ini.

Comments

  1. Assalamualaikum w.b.t...terima kasih atas pengkosian ilmu tentang perjalanan ahli berbai'ah..byk lg yg perlu pelajari mohon tuan tnjuk ajar Kat sy..
    Salam kenal dri sy (anak putrajaya) #ikhlas&taat

    ReplyDelete
  2. Ok nice blogger ni cun xdo la.psl gangster rimas bile org kata 3630 ni kongsi acah2 kuat buah sana sini
    ..tatu sana sini...

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum wbt dan salam ukhwah dari anak pulau pinang

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

HONG MEN (3821)

Sarang Labah